ARYANA...
Dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan , berlagak bagus dan poyo
( tapi boleh tahan kacak jugaklah ) .
Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun , tapi nasib dia yang mendapat bos seperti ILHAM IRFAN : selalu buat dia pening kepala .
Setiap langkah bos .... kena turut.
Setiap rentak bos .... kena ikut.
Semua kena yes , boss !
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka .
ILHAM...
Dia perlukan ARYANA untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua ' teman tapi mesranya ' itu tidak bertindih di antaraa satu sama lain .
Sebabnya ?
Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar . Kerja-kerja pejabat yang lain , Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat .
Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah .
Cakaplah apa sahaja , Aryana pasti akan mengatakan " Yes , Boss ! "
Dan bila Aryana tiada , hidup dia jadi tidak keruan .
Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi , ada pula halangan yang menanti .
Ah ! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu !
Novel Baru <3
HIHIHIHIHI :D
CHOP CHOPPP !
habis ASSIGNMENT ( SSSSSSS )
err =.='
No comments:
Post a Comment